dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pengaruh AI Terhadap Kehidupan Digital

6 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2026, 6 orang peserta telah menyertai Taklimat Kempen Internet Selamat yang bertajuk Pengaruh AI Terhadao Kehidupan Digital. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta kesannya terhadap kehidupan digital masa kini.

Sepanjang webinar, penceramah menerangkan peranan AI dalam memudahkan urusan harian seperti pembelajaran, pekerjaan, komunikasi dan penghasilan kandungan digital. Peserta turut didedahkan kepada cabaran penggunaan AI, termasuk penyebaran maklumat palsu, isu privasi data, keselamatan siber serta kepentingan penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab.

Diharapkan webinar ini dapat meningkatkan literasi digital serta menggalakkan masyarakat memanfaatkan teknologi AI secara bijak, selamat dan beretika selaras dengan objektif Kempen Internet Selamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.